Selamat kembali ke sekolah.
Tahniah buat ibu ayah sebab berjaya menghantar anak-anak ke sekolah. Hari ini adalah hari kedua persekolahan tahun 2019. Cabaran ibu ayah yang pertama kali hantar anak ke sekolah mesti alami masalah anak menangis tak henti, siap merayu ibu ayah jangan balik. betul tak? Fuihhh..
Jom ibu ayah ketahui cara yang berkesan nak kawal anak comel mengamuk @ tantrum di sekolah. Anak-anak akan berasa sangat teruja untuk ke sekolah kalau ibu ayah sentiasa motivated tentang best nya ke sekolah! Ibu ayah yang kena mainkan peranan taw, kehidupan anak-anak bermula dari ibu ayah.
Macam mana cara nak motivated anak comel kita?
1) CAKAP PERKARA YANG BAIK-BAIK
- Ibu ayah kena hari-hari bagitahu kebaikan pergi sekolah. seronoknya sekolah jumpa kawan-kawan baru, bermain jongkang jongkit bersama kawan bila rehat, belajar menyanyi "kalau rasa gembira tepuk tangan" dengan guru yang baik hati, boleh mewarna buku kartun guna pensil warna luna di sekolah. Nescaya, anak-anak pasti rasa teruja nak ke sekolah, mainkan emosi mereka supaya mereka dapat bayangkan suasana di sekolah
2) MEMBERIKAN KELENGKAPAN PERSEKOLAHAN
- Mengenai kelengkapan, ibu ayah boleh membeli alat tulis anak-anak mengikut bajet ibu ayah sendiri. sangat beruntung zaman sekarang, kerana ibu ayah boleh mendapatkan alat tulis yang murah di pelbagai kedai bajet seperti Kedai Eco RM2, Daiso, atau DIY. Brangan yang comel tapi harga yang sangat murah memberi ruang anak-anak untuk ke sekolah dengan semangat.
3) BERI GANJARAN
- Ibu ayah juga boleh menggunakan teknik 'pancing' kepada anak-anak supaya ke sekolah, dengan menawarkan ganjaran jika mereka ke sekolah. Jika mereka ke sekolah tanpa menangis, mereka boleh pergi ke taman permainan sambil makan ais krim lepas pulang dari sekolah atau boleh pergi ke rumah tokwan untuk makan buah rambutan. Minda anak-anak akan lebih cenderung kepada ganjaran pada awalnya, tapi percayalah perasaan ingin ke sekolah akan membuak-buak lama kelamaan.
4) BERKOMUNIKASI
- Ibu ayah perlu bertanyakan perasaan dan minat anak-anak. Ketahui apa yang mereka suka dan tidak ketika berada di sekolah. Kerap bertanyakan siapa kawan mereka dan galakkan mereka bercerita tentang kawan-kawan di sekolah. Pupuk supaya mereka ada minat untuk imbas kembali kenangan di sekolah, kerana teknik ini memberi ruang untuk ibu ayah lebih mengenali sifat dan peribadi mereka.
Banyak sebenarnya tips untuk elak anak mengamuk di sekolah, tetapi 4 tips ini sudah menjamin anak-anak pasti tenang di sekolah kerana mereka percaya ada ibu ayah yang sentiasa menyokong mereka dari belakang.
No comments:
Post a Comment