Bertudung tak semestinya tak boleh melancong!
Alangkah seronok kalau tahu tips yang terbaik untuk para wanita yang bertudung melancong tanpa memikirkan kedut seribu pada tudung, awning tudung tak menjadi sampaikan hilang confident, terlupa bawa pin tudung dan beg penuh muatan sebab tudung terlalu banyak untuk dibawa. Jangan risau, ini adalah beberapa tips untuk wanita bertudung melancong:-
1) TUDUNG CORAK BERLAINAN DEPAN BELAKANG
-Mudah kan, kalau ada 1 jenis tudung emmpunyai 2 corak. Anda tidak perlu fikir lagi untuk membawa tudung yang banyak untuk matching dengan baju anda. ini juga mampu menjimatkan masa untuk menggosok.
2)TUDUNG INSTANT
-Macam-macam jenis jenama di pasaran yang menjual tudung instant @ tudung sarung. Tudung yang sangat simple tapi cantik apabila digayakan. Malah, ia juga mampu menjimatkan masa anda kerana tudung instant amatlah pantas untuk digayakan.
3)GUNA TUDUNG BAWAL
-Tudung bawal adalah tudung yang sangat glamour dalam kalangan wanita bertudung. Ini kerana fabrik yang ringan, mudah kering malah ia juga senang digayakan. Tanpa menggunakan pin yang banyak, tudung masih cantik digayakan.
4)TUDUNG DILETAKKAN PALING ATAS
-Susunan yang selamat untuk mengelakkan tudung mudah renyuk adalah dengan meletakkan tudung berada di tempat yang paling atas di dalam beg.
5)GUNA SHAWL/TUDUNG ARAB
-Untuk nampak kelainan, menggunakan shawl/tudung arab juga sangat digalakkan. Ini kerana fabrik yang memang sedia renyuk tidak perlu digosok dan mudah digayakan.
No comments:
Post a Comment