Penginapan Bajet NOOR ARFA RIVER CHALET


Ramai yang tidak tahu yang Noor Arfa Craft Complex (NACC) memberikan perkhidmatan penginapan dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu milik iaitu Penginapan Noor Arfa River Chalet (NARC) yang  mula beroperasi pada tahun 2012. Pada awalnya, ia bermula dengan hanya 8 unit chalet sahaja. Disebabkan permintaan yang tinggi daripada pelanggan kami, pihak pengurusan telah menetapkan untuk menambah bilangan bilik.

Oleh yang demikian, Noor Arfa River Chalet telah mempunyai 6 buah Chalet dan 15 buah bilik (connecting room). Dengan keputusan untuk menambah baik perkhidmatan ini, ia sangat membantu para pelanggan yang berkunjung ke Terengganu. Kawasan yang sangat strategik dengan tempat yang sangat selamat, parking yang luas serta berhampiran dengan Bandar Kuala Terengganu (anggaran 15 minit).

Noor Arfa River Chalet juga merupakan satu platform untuk para pelancong datang menginap di samping membeli-belah kain batik sarung, kain kurung, kain kaftan serta kraftangan di Noor Arfa Craft Complex (NACC). Bukan itu sahaja, pelanggan yang datang menginap di NARC juga boleh mengambil kesempatan ini dengan datang melihat demostrasi ukiran batik dan terapan batik yang dibuat secara lansung oleh para pengukir yang terlatih dan diiktiraf.

Di samping itu, harga yang sangat berbaloi dengan hanya RM79 (1 Malam) pada hari biasa dan RM89 (1 malam) pada hari cuti sekolah dan cuti am. Harga yang sangat murah ini menyebabkan ramai pelanggan yang akan berkunjung ke Noor Arfa River Chalet berulang kali. Malah, ramai yang memberi respon yang sangat positif kepada pihak kami.


Oleh yang demikian, sebarang maklumat yang berkaitan dengan Noor Arfa River Chalet atau berminat untuk melakukan tempahan bilik boleh terus hubungi : 09-6179700 atau boleh terus Whatsapp : 010-3407200. 

No comments:

Post a Comment