Kesabaran sesseorang ada tahapnya, apabila dah sampai tahap dia mendiamkan diri itu tanda suami dah berada di ZON BAHAYA!
Membebelnya seorang isteri memang merimaskan suami, tetapi tidak tahukah anda bebelan isteri adalah hiburan yang terbaik untuk suami. Kerana dengan membebel sahaja si isteri mampu meluahkan perasaannya dan tugas suami hendaklah menadah telinga sahaja. Diam tak perlu kata apa-apa.
TUGAS RUTIN
Dalam sebuah rumahtangga, isteri dikenali sebagai 'Menteri Kewangan' yang mengawal perbelanjaan rumah. Tapi dalam masa yang sama isteri juga menggalas tugas 'Hakim' di dalam rumah. Jika isteri membebel, suami kena tahu yang dia telah melanggar peraturan.
MELUAHKAN PERASAAN
Perempuan adalah lemah, Tuhan sudah menciptakan perempuan adalah makhluk yang sangat lemah. Maka untuk meluahkan perasaan mereka tidak dapat meluahkan dengan kekerasan. Namun, mereka mampu meluahkan perasaan dengan mulut yang berbisa.
TANDA PROTES
Dengan bebelan sahaja perempuan mampu menunjukkan yang mereka tidak suka dengan keputusan suami. Jika tiba-tiba mereka diam seribu bahasa waktu itu suami mula tahu 'langit tinggi atau rendah'
TERLALU SAYANG
Sikap wanita yang penyayang atau boleh dikatakan terlalu sayang menyebabkan mereka kerap berfikiran negatif dan mudah marah terhadap sesuatu perkara. Orang kata 'marah tanda sayang' jadi bersyukurlah suami jika isteri membebel kerana di sebalik bebelan mereka tersimpan sayang yang menggunung.
MENANDAKAN MEREKA SIHAT
Seperti yang diberitahu pada awalnya, Tuhan menciptakan kekuatan wanita terletak pada mulutnya. jika mereka sakit, mereka tidak mampu membebel lagi. Biarkan mereka membebel itu tanda mereka sihat walafiat.
MENGHARAP SESUATU
Suami perlu tahu, isteri kuat membebel kerana mereka mengharapkan sesuatu yang lebih dari suami. Bukan sekadar meminjamkan telinga, tetapi mereka mengharapkan yang suami mula bertindak. Bertindak untuk menangani masalah yang dihadapi.
Wahai suami, gembiralah jika isteri kuat membebel. Ada sebabnya jika mereka membebel. Hargailah mereka jika mereka membebel. Mungkin mereka penat apabila kerja mereka di rumah tiada siapa hargai. Cara nak hargai isteri? Klik link di bawah