TIPS TRAVEL UNTUK WANITA BERTUDUNG

Bertudung tak semestinya tak boleh melancong! 


Alangkah seronok kalau tahu tips yang terbaik untuk para wanita yang bertudung melancong tanpa memikirkan kedut  seribu pada tudung, awning tudung tak menjadi sampaikan hilang confident, terlupa bawa pin tudung dan beg penuh muatan sebab tudung terlalu banyak untuk dibawa. Jangan risau, ini adalah beberapa tips untuk wanita bertudung melancong:-

1) TUDUNG CORAK BERLAINAN DEPAN BELAKANG
     -Mudah kan, kalau ada 1 jenis tudung emmpunyai 2 corak. Anda tidak perlu fikir lagi untuk membawa tudung yang banyak untuk matching dengan baju anda. ini juga mampu menjimatkan masa untuk menggosok.

2)TUDUNG INSTANT
    -Macam-macam jenis jenama di pasaran yang menjual tudung instant @ tudung sarung. Tudung yang sangat simple tapi cantik apabila digayakan. Malah, ia juga mampu menjimatkan masa anda kerana tudung instant amatlah pantas untuk digayakan.

3)GUNA TUDUNG BAWAL
    -Tudung bawal adalah tudung yang sangat glamour dalam kalangan wanita bertudung. Ini kerana fabrik yang ringan, mudah kering malah ia juga senang digayakan. Tanpa menggunakan  pin yang banyak, tudung masih cantik digayakan.

4)TUDUNG DILETAKKAN PALING ATAS
    -Susunan yang selamat untuk mengelakkan tudung mudah renyuk adalah dengan meletakkan tudung berada di tempat yang paling atas di dalam beg.

5)GUNA SHAWL/TUDUNG ARAB
   -Untuk nampak kelainan, menggunakan shawl/tudung arab juga sangat digalakkan. Ini kerana fabrik yang memang sedia renyuk tidak perlu digosok dan mudah digayakan. 

Penginapan Bajet NOOR ARFA RIVER CHALET


Ramai yang tidak tahu yang Noor Arfa Craft Complex (NACC) memberikan perkhidmatan penginapan dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu milik iaitu Penginapan Noor Arfa River Chalet (NARC) yang  mula beroperasi pada tahun 2012. Pada awalnya, ia bermula dengan hanya 8 unit chalet sahaja. Disebabkan permintaan yang tinggi daripada pelanggan kami, pihak pengurusan telah menetapkan untuk menambah bilangan bilik.

Oleh yang demikian, Noor Arfa River Chalet telah mempunyai 6 buah Chalet dan 15 buah bilik (connecting room). Dengan keputusan untuk menambah baik perkhidmatan ini, ia sangat membantu para pelanggan yang berkunjung ke Terengganu. Kawasan yang sangat strategik dengan tempat yang sangat selamat, parking yang luas serta berhampiran dengan Bandar Kuala Terengganu (anggaran 15 minit).

Noor Arfa River Chalet juga merupakan satu platform untuk para pelancong datang menginap di samping membeli-belah kain batik sarung, kain kurung, kain kaftan serta kraftangan di Noor Arfa Craft Complex (NACC). Bukan itu sahaja, pelanggan yang datang menginap di NARC juga boleh mengambil kesempatan ini dengan datang melihat demostrasi ukiran batik dan terapan batik yang dibuat secara lansung oleh para pengukir yang terlatih dan diiktiraf.

Di samping itu, harga yang sangat berbaloi dengan hanya RM79 (1 Malam) pada hari biasa dan RM89 (1 malam) pada hari cuti sekolah dan cuti am. Harga yang sangat murah ini menyebabkan ramai pelanggan yang akan berkunjung ke Noor Arfa River Chalet berulang kali. Malah, ramai yang memberi respon yang sangat positif kepada pihak kami.


Oleh yang demikian, sebarang maklumat yang berkaitan dengan Noor Arfa River Chalet atau berminat untuk melakukan tempahan bilik boleh terus hubungi : 09-6179700 atau boleh terus Whatsapp : 010-3407200.